Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Mei 2012

Full Video : Ceramah Ust Nassuruddin Daud Di Rusila Marang




KUALA TERENGGANU
- Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu 28 April lalu terus dipertikai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud mempersoalkan tindakan ‘haram’ kepada umat Islam yang menuntut agar pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

Katanya, jika rakyat menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil itu haram, adakah mengendalikan pilihan raya secara tipu itu ‘halal’.

“Jika tuntut pilihan raya yang bersih itu ‘haram’, buat pilihan raya secara tipu itu ‘halal’. kerajaan duduk (buat) tipu rakyat itu halal.

“Kita (rakyat) hendak tuntut supaya pilihan raya itu jadi bersih itu haram pula. Penipuan dalam pilihan raya itu halal ke?,” soalnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 6 Mei lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti menyifatkan keputusan pengharaman himpunan Bersih 3.0 itu keputusan terdesak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno terdesak menggunakan ahli-ahli agama dalam parti itu agar membuat kenyataan menyertai himpunan tersebut sebagai ‘haram’.

“Umno sudah terdesak dan kerajaan BN sudah terdesak sekarang. Ketika kita (rakyat) adakan perhimpunan Bersih 3.0, dia (Umno) minta ‘tok-tok lebai’ (ahli agama) Umno buat kenyataan bahawa menyertai Himpunan Bersih adalah ‘haram’.

“Jadi untuk diadakan pilihan raya yang adil dan bersih tok lebai Umno kata haram. Kita (PAS) hendak tanya dia, mengendalikan pilihan raya dengan cara penipuan itu halal ke?

Kerajaan menipu dalam pilihan raya itu halal. Rakyat tuntut supaya pilihan raya diadakan secara bersih itu haram,” ujarnya.

Katanya, ahli-ahli agama dan tok lebai dalam Umno diingatkan agar tidak meletakkan diri seumpama alat ‘kukuran’ (kukur kelapa) yang hanya diperlukan ketika waktu tertentu sahaja.

Justeru itu, Dato’ Nasaruddin mendakwa Umno dan kerajaan BN tidak berlaku adil kepada rakyat terutama di Kelantan dan Terengganu dalam isu hak royalti minyak Petroleum.

Katanya, kerajaan Persekutuan telah bertindak ‘merampas’ hak bayaran royalti minyak ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.

Bahkan, kata beliau Kelantan yang turut mempunyai telaga minyaknya di pengairan negeri juga dinafikan bayaran royalti tersebut.

“Umno dan kerajaan BN tidak berlaku adil kepada rakyat. Rakyat Terengganu, rakyat Kelantan. Buktinya, dia (pusat) rampas royalti minyak ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.

“Begitu juga dengan Kelantan. Minyak dijumpai waktu kita (PAS) memerintah Kelantan, Alhamdulillah. Jumpa minyak tetapi (pusat) tidak bayar (royalti). Kita pergi tengok di tengah laut ada pelantar minyak, dia tidak boleh hendak tipu. Ada pelantar minyak di pengairan Kelantan. Kita (PAS) bawa kes ini ke mahkamah,” tegasnya di hadapan lebih 5,000 hadirin.

Menurutnya, perjanjian dengan Petronas melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibuat ketika zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri iaitu bapa kepada Dato’ Seri Najib sendiri.

Bahkan, katanya orang yang mewakili pihak Petronas iaitu Tengku Razaliegh Hamzah dan yang membuat draf perjanjian tersebut iaitu Tun Dato’ Salleh Abas masih hidup hari ini.

“Mereka (Tengku Razaliegh dan Tun Salleh) masih hidup dan mengesahkan negeri Kelantan dan Terengganu berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus dari hasil minyak itu,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Azizan Abdul Razak, Ketua dan Timbalan Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang dan Ustaz Abu Bakar Abdullah.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....