Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 April 2012

PKR Sabah sedia beri kerusi kepada pembangkang lain

KOTA KINABALU: PKR sedia memberi beberapa kerusinya kepada  Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang lain pada PRU-13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU-13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan BN.

“Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya SAPP.

“Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat “agak sombong” mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.


`Politik kenegerian

Selain PKR, Pakatan Rakyat turut dianggotai oleh PAS dan DAP.“Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.

“Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Pakatan mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: “Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding. Apabila tiba masanya, mereka sendiri (Pakatan Rakyat dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya.”

Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika Pakatan memerintah, Anwar berkata beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan.

Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....