KOTA BHARU, 17 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan demontrasi Orang Asli
yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini bukan di kalangan
masyarakat Kelantan.
(Gambar Demo Orang Asli di depan pejabat SUK Kelantan baru-baru ini)
Katanya, Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu
kononnya untuk menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap
kerajaan negeri.
“Saya tahu pihak mana yang menghantar Orang Asli untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, tapi saya tidak mahu dedahkan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ijtima’ Almala’ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri tengahari tadi.
Beliau tidak menolak kejadian itu disebabkan kerana iri hati terhadap golongan mereka yang ada di Kelantan.

Katanya,
tidak ada sebab beliau perlu menyelesaikan masaalah Orang Asli di luar
Kelantan, apa lagi semua tuntutan hak mereka telah lama diperolehi oleh
golongan itu di negeri ini.
“Masaalah Orang Asli di negeri-negeri lain sewajarnya di selesaikan oleh negeri masing-masing,”ujarnya.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas demontrasi aman golongan
berkenaan disamping menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ahad lalu
kira-kira 300 masyarakat Orang Asli berhimpun di depan hadapan Pejabat
SUK bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan berdiam diri
terhadap pengambilan tanah adat mereka.
Mereka telah berkumpul
sejak awal 9.00 pagi sambil membawa pelbagai kain rentang yang didakwa
telah menderita di atas tindakan kerajaan negeri selama ini.
Sambung
Tuan Guru, apa yang berlaku sebenarnya masyarakat berkenaan telah
memohon maaf di atas apa yang berlaku sebelum ini, iaitu menyaman
kerajaan negeri berhubung kes Ladang Rakyat.
“Bukan itu sahaja mereka juga telah menarik balik dakwaan yang telah dikenakan terhadap kerajaan negeri sebelum ini,”ujarnya.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan