SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Dr. Mohd. Puad Zarkashi kelmarin sebagai "sesuatu yang jelas
tersesat" dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tiada hak untuk memberi
nasihat agar beliau ditarbiyah semula.
Justeru, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,
beliau juga kesal dengan pemikiran sekular Timbalan Menteri Pelajaran
itu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian berhubung pandangan Ketua
Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu
Israel-Palestin dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ).
"Merujuk kepada komen Puad Zakarshi yang mencadangkan agar saya
ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap (Ketua Umum
Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia
sesuatu yang jelas tersesat.
"Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga
bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung (Angkatan Belia Islam
Malaysia) ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar
kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula
yang salah," kata beliau dalam kenyataan disiarkan oleh Harakahdaily,
hari ini.
Laporan media memetik Mohd Puad berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya
kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit
semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan DAP.
Mohd. Puad menambah, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian
berhubung sokongan Anwar terhadap keselamatan sebuah negara Israel
baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak
berpendirian.
"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri
atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah."Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya.
Laporan media itu mendakwa sikap 'pak turut' Nik Abdul Aziz yang
dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi
keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street
Journal (WSJ) akhir bulan lalu.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Abdul Aziz menambah, Mohd. Puad,
sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar dan pernah duduk sebumbung
Yayasan Anda dan Markas ABIM, sepatutnya sudah tahu permainan kotor
media tajaan Barat.
"Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali
mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan
hamba Allah ini," katanya lagi.Nik Aziz juga menyoal apakah hak Mohd. Puad mencadangkan beliau
ditarbiyah semula memandangkan beliau sendiri sudah dilihat gagal
memahami prinsip tarbiyah.
"Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respons atas
fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak
untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang
belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama," kata beliau
sambil menambah bahawa pemimpin Umno itu sendiri patut berjumpa dengan
Anwar jika benar ingin mencari pencerahan.
"(Ini) kerana Anwar pernah jadi ketuanya," katanya lagi.Nik Aziz juga menambah, justeru adalah sesuai kalau Mohd. Puad ingin
mencari kebenaran, beliau sepatutnya "pergi beribadat di masjid.""Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.
"Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana
dalam tandas sudah tentu sesuai banyak syaitan dan iblis yang boleh
merangsang fikirannya, menjadi waras selari dengan otak sekular. Maka,
tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain.
Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah,"
kata beliau lagi.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan