KOTA BHARU, 9 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersedia melepaskan Naib Presiden Salahuddin Ayub (gambar) sekiranya Johor memerlukan beliau walaupun keberatan.
Tuan Guru berkata, pucuk pimpinan parti bersedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri Johor yang juga tempat kelahirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya Anggota Parlimen Kubang Kerian itu lebih diperlukan di sana.
"Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” ujarnya.
Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed untuk menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.
Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Salahuddin itu juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat yang semakin diterima masyarakat di negeri itu.
“Apa-apa pun biar PAS Johor berbincang dahulu dan tentukannya.“Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya,” katanya keberatan.
Nik Aziz berkata, di samping akur kepada keputusan pucuk kepimpinan beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian.
Semalam, Salahuddin dalam kenyataannya menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan.
Bagaimanapun tidak bermaksud untuk menjadikan tawaran sebagai Menteri Besar sebagai matlamat utama perjuangannya dalam parti.“Saya hanya menerima keputusan parti,”ujarnya semalam.Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan