ALOR SETAR, 16 Jan: Pembaharuan dan kemajuan
pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui
Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.
“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda semalam dipetik Sinar Harian.
Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.
Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

“Beta amat sukacita kerana Kedah
sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa
peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal
hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.
Baginda
turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan
dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di
beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran
Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar
belakang.
“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini
berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta
harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus
dalam mengendalikan urusan pentadbiran,” titah baginda.
Tuanku
Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana,
seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah
bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.
“Jentera
pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk
merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu,
anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan
kepimpinan berintegriti,” titah baginda.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan