Kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob kepada Malaysiakini
Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.
Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.
Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Menurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.
Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.
"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.
Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disunting dalam Youtube Malaysiakini.Baca Seterusnya...

2 ulasan:
Kau orang percaya tak??? Mereka2 ini...ie...
1. Samseng yg menceroboh
2. Samseng yg membuat kacau
3. Samseng yg merosakkan harta benda
4. Samseng yg mencetuskan suasana tegang
5. Samseng yg merosakkan majlis
Cuma akan dikenakan denda lebih kurang RM 1K dan di bebas begitu ja. Tak akan dikenakan penjara punya?
Macam kes kepala lembu di Shah Alam dulu2 tu....ie,
1) Samseng yang meniupkan anti perkauman
2) Samseng yg nak cetuskan huru hara
3) Samseng yg mencetuskan anti agama.
Sebab apa????. SEbab penguasa2 ni orang depa.
orang yang dikatakan kena pukul tu ,kes dia apa jadi?
Catat Ulasan