SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangr bercadang mahu mengambil tindakan
undang-undang terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali( gambar ) yang
mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, bercakap tanpa
iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada
seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari
menjejakkan kakinya di Selangor.
"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan
akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar
Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana."Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali
kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti
murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan
kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr
Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang
dipecat Pas awal bulan ini.
Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba
menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor
dalam isu pelantikanExco Kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio hal ehwal Islam
jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan
sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di
arena politik tanah air.
Tegas beliau, percubaan beliau melaga-lagakan Pas dan Kerajaan Selangor
juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan parti
Islam itu."Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati Pas umpama
parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.
"Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang
bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai
sebarang kredibiliti," kata beliau lagi.Faekah menambah, pihaknya tidak mempersoal tindakan Ibrahim yang kini
begitu akrab dan bersekongkol dengan Hasan, bekas Exco Kerajaan Selangor
"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan
kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di
Selangor.
"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah
berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di
Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana
dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," kata Faekah
lagi.
Oleh itu katanya, tuduhan Ibrahim bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco
Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat
keterlaluan.
"Kita ingatkan Ibrahim bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di
Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan
rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam
Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang
kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Tuanku," katanya lagi.
Menurut Faekah lagi, menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan
tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua
institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan."Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi
undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati Pas walaupun parti
tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.
"Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim mendoakan setiap pemimpin
berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai
amanah ALLAH agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni ALLAH
s.w.t."Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri
peliwat," katanya sambil menambah, ungkapan yang menggambarkan betapa
kotornya pemikiran politikus tua ini.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan