KUALA LUMPUR: Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti
(Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak
secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan
Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum
berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika
berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku
dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat
politik Umno Barisan Nasional (BN)
Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.
Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis
termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.
Depan
bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan
melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan
akademik.
Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima
memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak
menyalahi undang-undang.
“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu
cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan
kepada kerajaan,” kata Shaani.
Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace
Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang
mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.
Tindakan
itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal
keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.
Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas
tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya
esok.Keadilandaily
2 ulasan:
Memang patutpun di turunkan bendera yang memperlihatkan rupa si Najis tu.
Rupa "pembunuh", rupa "perompak", rupa "penyonlap"
Memang patutlah diturunkan. Buat malu negara malaysia aja.
Tahniah mahasiswa. Anda memang pejuang.
nasib baik diorg xnaikkan bendera ada gambo altantunya dan anakanya atau bendera ada gambo jiana jazin& isa samad atau bendera ada gambo rosmah & barang2 shoppingnya yg gunakan dana negara...
Catat Ulasan