KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa
membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan
mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan
digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan
digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.
“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya
pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan
sebagai calon pilihan raya umum.
“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding
di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat
kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.
Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan
pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan
daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen
yang diimport dari luar kawasan.
Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding
atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum
menjadi wakil rakyat Bebas.Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.
“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau
tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk
memastikan kemenangan parti.
“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di
Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.
Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.
“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.
Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk
menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.
“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak
dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma
presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.TMI
Kenyataan balas pemimpin Pas DISINI
2 ulasan:
Nasaruddin Mat Isa tak wajar gusar dan susah hati.Hadi Awang dan Stopa Ali boleh beri dia kerusi diTrengganu,any time.
Jangan harap Harun Taib nak bagi..
Catat Ulasan