Bendera Terengganu dikibarkan separuh tiang di pejabat Umno Bahagian Besut
PAS DESAK UMNO BESUT BERI PENJELASAN
Tindakan mengibarkan bendera Negeri Terengganu separuh tiang di pejabat UMNO Besut tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan untuk kembali memerintah Terengganu setelah menamatkan tempuh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agung Ke 13.

PAS Kawasan Besut hairan kenapa situasi tidak berakhlak ini perlu dicetuskan sedangkan UMNO sudah banyak diselubungi isu yang sedang menaikkan api kemarahan rakyat. Kenapa mereka begitu marah apabila seorang pelajar IPTA menurunkan gambar Najib dihadapan bangunan PWTC dikedudukan separuh tiang sedangkan seluruh kepimpinan UMNO diam membisu di saat UMNO Besut membiarkan bendera Terengganu dikibar separuh tiang di premis mereka.
“Saya tidak fikir Ketua UMNO Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah Bandar Jerteh itu dalam jangka waktu yang agak lama. Saya juga tidak fikir bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu. Beliau seharusnya melihat ‘tred rekodnya’ yang tidak begitu baik dalam isu yang agak sensitive seperti ini sehingga kedudukannya sebagai Menteri Besar (2004) cuma bertahan selama sepenggal tetapi ‘kontraknya’ tidak disambung selepas itu meskipun UMNO kekal sebagai kerajaan (2008). ”

Kini rahsia umum itu terus menjadi tandatanya rakyat apakah UMNO Besut cuba untuk menimbulkan polimek baru setelah UMNO/BN terbeban dengan krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat yang semakin serius.
Kalaupun ada usaha untuk mensabotaj kepimpinan Dato’ Idris Jusoh sebagai Ketua UMNO Bahagian Besut, mereka perlu menyelesaikan isu itu di peringkat mereka. Adalah tidak wajar jika ianya diterjemahkan melalui cara yang tidak beradab seperti itu. Dan apa pun penjelas mereka nanti, UMNO Besut diminta segera mengembalikan kedudukan bendera tersebut di tempat yang sewajarnya bagi menghormati kemuliaan istana dan Tuanku Sultan yang memerintah.
Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Besut mendesak UMNO segera memberikan penjelasan.
Sekian dan terima kasih.
Yang Benar,
USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
Merangkap Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Tarikh : 25 Disember 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan