Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 November 2011

[ Video ] Sidang Dun Selangor : Panas !!! Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan




SHAH ALAM 9 NOV : Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker.

Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri.

Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven.

Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES.

Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk.

Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.

"Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya.TVS

4 ulasan:

mohd shahran berkata...

Bodoh juga YB Umno nie . . da cakap kakitangan kerajaan dalam negeri selangor adalah rakyat negeri selangor. . semua program yang dianjurkan MES maka kakitangan kerajaan juga berhak untuk nikmati. . so what . . apa masalahnya dengan penjelasan MB. . nielah kerana pilih org yang otaknya kosong . . segaja isu nie ditimbulkan bagi menimbulkan polemik antara Kerajaan PR dgn kakitangan kerajaan

batu pelangi/BZ berkata...

Inilah padahnya letak calun tahap
LEMBU.Bila dah jadi YB maka jadilah YB LEMBU bila Dewan bersidang.Ini
semua mukax yang bersuara dalam
dewan bila PRU dah dekat.

Tanpa Nama berkata...

YB dengan sengala mendefinisikan MES sebagai Merompak Ekonomi Rakyat , diulangi sebagai Merakyatkan Ekonomi Rakyat..

siapa perompak sebenarnya YB Lembu?

Tanpa Nama berkata...

saya bukan penyokong UMNOAPCO tapi saya rasa saya faham maksud YB batang kali tu.. Dia nak tahu apa yang terkandung dalam program MES..bukan apa yang dimaksudkan dengan MES.. mungkin ada misscommunication di situ.

Apepun tindakkan Speaker memang patut sebab YB sendiri kurang ajar. Cuma kalau boleh YB kena bagi ayat yang tak kelirukan orang la

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....