Rabu, 9 November 2011

[ Video ] Sidang Dun Selangor : Panas !!! Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan




SHAH ALAM 9 NOV : Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker.

Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri.

Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven.

Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES.

Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk.

Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.

"Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya.TVS

4 ulasan:

  1. Bodoh juga YB Umno nie . . da cakap kakitangan kerajaan dalam negeri selangor adalah rakyat negeri selangor. . semua program yang dianjurkan MES maka kakitangan kerajaan juga berhak untuk nikmati. . so what . . apa masalahnya dengan penjelasan MB. . nielah kerana pilih org yang otaknya kosong . . segaja isu nie ditimbulkan bagi menimbulkan polemik antara Kerajaan PR dgn kakitangan kerajaan

    BalasPadam
  2. Inilah padahnya letak calun tahap
    LEMBU.Bila dah jadi YB maka jadilah YB LEMBU bila Dewan bersidang.Ini
    semua mukax yang bersuara dalam
    dewan bila PRU dah dekat.

    BalasPadam
  3. YB dengan sengala mendefinisikan MES sebagai Merompak Ekonomi Rakyat , diulangi sebagai Merakyatkan Ekonomi Rakyat..

    siapa perompak sebenarnya YB Lembu?

    BalasPadam
  4. saya bukan penyokong UMNOAPCO tapi saya rasa saya faham maksud YB batang kali tu.. Dia nak tahu apa yang terkandung dalam program MES..bukan apa yang dimaksudkan dengan MES.. mungkin ada misscommunication di situ.

    Apepun tindakkan Speaker memang patut sebab YB sendiri kurang ajar. Cuma kalau boleh YB kena bagi ayat yang tak kelirukan orang la

    BalasPadam