Simulasi pilihanraya yang dilakukakan oleh Umno/BN pada hari ini telah
menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat kegiatan parti
mereka.
Tinjauan di Dun Hulu Besut pada sebelah pagi tadi mendapati pihak umno telah memaksa pihak pengurusan sekolah supaya membenarkan premis tersebut diganakan sebagai tempat mengundi olok-olok.
Di Kampung Belao Hulu Besut, Umno bukan sahaja menggunakan sekolah Kebangsaan Keruak sebagai tempat menggundi tetapi sanggup menggunakan Masjid sebagai barong atau tempat semakan pendaftaran pemilih.
Mereka selalu melaung-laungkan supaya masjid tidak dipolitikkan tetapi apa yang jelas pada hari ini tanpa segan silu mereka menggunakan masjid sebagai tempat urusan simulasi pilihanraya.
Lebih dahsyat lagi Umno telah mengarahkan anggota rela untuk bertugas dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Di SK Keruak dan beberapa sekolah sekitar kelihatan anggota rela telah dikerah untuk bertugas di muka pintu sekolah tempat mengundi tersebut. Sudah tentu elaun dibayar kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan.
Inilah contoh bagaimana Umno sanggup menggunakan apa saja kaedah atau cara yang tidak bermoral untuk meraih undi daripada rakyat.

Sehari sebelum itu belia-belia
telah dikumpul untuk dibahagikan baucer bagi mengambil wang sebanyak
RM200. Wang tunai tersebut kemudiannya diberi sebaik saja selesai
mengundi BN dalam pilihanraya olok-olok tersebut.
Kita bagi
pihak Pas mendesak supaya Umno menghentikan kerja-kerja tidak bermoral
seperti menyalahgunakan tempat awam dan peruntukan kerajaan untuk
meraih undi rakyat.
Kita juga dimaklumkan bahawa
Pemimpin-pemimpin Umno mengugut para belia supaya mengundi dacing
sebagai syarat untuk mendapat wang sebanyak RM200 tersebut. Kita tidak
kisah jika itu adalah duit Umno.
Tetapi yang digunakan untuk
berkempen adalah wang peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberi kepada
semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Dalam pilihanraya
umum 13 nanti kita berharap anak – anak muda bangkit membuat perubahan
dengan menolak kepimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Ini
adalah masa ternaik bagi kita membuat perubahan untuk masa depan Agama,
bangsa dan Negara ini.
*** Tulisan Cikgu Solah, Pengerusi MTD PAS DUN Hulu Besut
1 ulasan:
kogress PKR ohor kenapa tiada usul nak saman eskay dan bloggers papagomo pemimpin bermoral tinggi akan menyaman mereka semua...
Catat Ulasan