KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang
(KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan
penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd
(NFC) iaitu syarikat milik suaminya.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.
"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.
"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.
"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.
"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.
Menyifatkan skandal
tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga
mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan
mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.
"Perkara
berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang
nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta
bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah
berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek
lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
"Perlu
diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman
modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya
pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi
penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah,"
tambah Rahmad lagi.
Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang
timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak
mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman
modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.
"Penafian
beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan
seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara
kita.
"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya.
Pakatan
Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan
pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi
tujuan industri penternakan lembu.
Bagaimanapun ianya didakwa
tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit
Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.
Sebelum
ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut
disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar
Radin (BN-Kinabatangan).
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi
Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan
Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.
"Kalau saya
pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua
musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia
menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada
jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita
memerintah negara ini dengan adil," katanya.Hrkh
1 ulasan:
sebenarnya apa yang cuba diperjuangkan oleh KMPP? kenapa terlalu banyak isu hentam menghentam dan menuding jari kepada orang lain, kalau dasar penubuhan nak bantu orang melayu di pulau pinang, maka perjuangkan dan tolong orang melayu di pulau pinang yang dah banyak teraniaya di pulau pinang, bukan menuding jari mencari kesalahan orang lain untuk dihebahkan. renungkanlah KMPP
Catat Ulasan