Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang dangkal kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu Kerajaan BN.
Fakta sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya di Kelantan telah berasa muak dengan politik durjana Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka telah keluar dari Umno dan menyertai PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dibawa Umno yang hanya mementingkan kroni.
Penganlisis politik ini juga berkata bahawa sekarang pengaruh Ustaz Hadi Awang juga semakin lemah sebab angka orang yang menghadiri khutbah dan ceramahnya juga telah menurun.
Jelaslah bahawa Umno telah memberi lesen kepada akhbar Inggeris ini untuk menghina PAS dan para pemimpin PAS. Selain dari akhbar ini, MCA juga saban hari mengutuk PAS atas isu Hudud. Presiden MCA Chua Soi Lek yang biadap itu tidak henti-henti dalam serangannya menentang Islam.
Dari sini boleh dilihat bahawa kemunafikan Umno menyerlah disebabkan oleh pendiriannya yang jahil murakab apabila membenarkan Chua Soi Lek menghina Islam. Umno telah menggunakan MCA untuk menentang PAS dan menentang Islam walaupun ia senantiasa menguar-uarkan dirinya sebagai juara Melayu dan juara Islam.
Harus dibawa ke perhatian umum bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah parti-parti yang berotak assabiyah dan mereka hanya memperjuangkan hak kaum masing-masing.
Ini jauh sekali berlainan dengan persahabatan PAS yang mengamalkan Politik Li-Ta'arafu dimana persahabatan dengan DAP adalah saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati serta sama-sama berganding bahu memperjuangkan hak rakyat seluruh Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, miskin ataupun kaya.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan