KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan
raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak
beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada
masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi
parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14
parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan
kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat
yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC).
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan
bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering
digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara
STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang
ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia
pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu
tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka
(jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi
Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah
lebih buruk daripada tahun lalu.
4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar
melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih
40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk
mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa
ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa
mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3
Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam
pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu
untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat
persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen
dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk
Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan
dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai
masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan
Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut
mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan
pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini
hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju
sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan
yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri
berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan
pada tahun ini.
9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi
meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah
pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .
Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem
pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu
menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara
yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat
perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan
nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib
akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya
itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau
akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan