Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 1 Oktober 2011

Gambar2 Menarik Sekitar Sambutan 60 Tahun Pas



Disebalik Tabir Menjelang Hari Sambutan














PautanTahniah kepada Pas Pulau Pinang yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini


Sumber Gambar : Facebook Basri Mdshah


Forum Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Pas






Sumber Gambar : Blog BGM Online

 KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

Timbalan Presiden sedang berucap di muqaddimah majlis
Ucapan Presiden Pasimbalan Presiden, Hj Mohd Sabu, Tuan Guru Presiden Dato Seri Hj Abd Hadi Awang dan Naib Presiden, Salahuddin Ayyub
Dr. Rani, Pesuruhjaya Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan
Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi
Isteri Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy, Hajjah Suri
Tuan Guru Presiden menyampaikan anugerah Darjah Pahlawan Ummat kepada Hajjah Suri selaku balu kepada Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy
Sajak dideklamasikan khas untuk Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy sejurus sahaja Al-Marhum dikurniakan Darjah Pahlawan Ummat oleh A. Samad Said
Gimmick perasmian Kongres Sambutan 60 Tahun PAS oleh Tuan Guru Presiden
Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz
ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah
Sasterawan Negara Pakatan Rakyat, A. Samad Said
ucapan perasmian penutup oleh Dato Seri Bentara Tuan Guru Mursyidul Am
Antara 5000 hadirin yang memenuhi dewan
Nisa',Gadis-gadis manis ini turut berkawad di luar halaman dewan
Pelapis Unit Amal dari Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh remaja

Sumber : Facebook Pas Ipoh Timur

KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah."Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat."Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.
Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini."Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....