Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 12 Ogos 2011

Video : Ezam Lancarkan 'Perang' Ke Atas Penganut Kristian,Ancam Bakar Malaysiakini &The Malaysian Insider





SHAH ALAM 12 OGOS : Senator Ezam Mohd Nor hari ini bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" serta memberi amaran keras kepada kumpulan penganut agama Kristian sekiranya pihak pihak terbabit terus-menerus menjalankan kegiatan memurtadkan umat Islam.

“Kepada orang bukan Islam, kita tiada masalah dengan mereka, malah kita juga melindungi, menjaga dan mempertahankan mereka.

“Tapi kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad,” katanya pada perhimpunan aman isu murtad pertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pekarangan Masjid Negeri, petang tadi.

Malah, beliau juga turut melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana didakwa sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka,"katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Perhimpunan anjuran Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka ,"katany.

"Malaysiakini, The Malaysian Insider... ini adalah amaran terakhir buat mereka. Mereka ini adalah media penghianat umat Islam dan kita akan bakar mereka," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam.TVS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf ye
kepada penyalak pasal murtad ni ,
mungkin dalam rumah kita pun telah ada si murtad , sila pastikan rumah kita tak ada si murtad ni...
jadi marilah kita perbetulkan islam
kita agar tak jadi islam baka ( islam pusaka dari mak ayah )

Nam Ron berkata...

Dulu pak Brahim katak lancar perang salib, ni pulak Ezam sesumpah..esok pulak Zul lembu Kulim istihar perang..haiya busuk punya olang!...

Tanpa Nama berkata...

pembelot dlm perjuangan juge murtad dan boleh di .....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....