KUALA LUMPUR, 5 Ogos:
PAS akan mengambil tindakan undang-undang atau saman secara
berperingkat-peringkat terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan
Malaysia, berhubung tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap
para peserta himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai
lalu.
Setelah
langkah pertama dari segi perundangan dilakukan dengan tindakan saman
pertama difailkan di Mahkamah Tinggi di sini sekitar jam 11.30 pagi
semalam, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat akan menyusuli dengan saman
kedua minggu depan yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri
Perak.
Pengerusi
Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menjelaskan, tindakan saman
terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang akan difailkan
oleh PAS melibatkan ratusan kes, sejajar dengan jumlah tangkapan besar
yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan itu.
Menurut
beliau, disebabkan jumlahnya agak banyak, Lajnah Undang-Undang PAS
Pusat terpaksa mengambil langkah bijak dengan membahagikannya dengan
beberapa pihak lain dalam mengendalikan kes-kes itu.
Katanya,
kes yang membabitkan kepimpinan tertinggi PAS yang akan dikendalikan
pihaknya melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang
juga merupakan kes pertama yang difailkan oleh pihaknya semalam.
"Selain
Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, dalam PAS turut terdapat satu lagi
agensi penting melibatkan undang-undang iaitu Jabatan Undang-Undang dan
Hak Asasi Manusia (Juham) yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat.
"Untuk
memudahkan penyelarasan, pengendalian dan melancarkan perjalanan
urusan, kes-kes tersebut terpaksa dibahagi-bahagikan oleh Lajnah
Undang-Undang PAS Pusat dan Juham untuk dikendalikan," katanya ketika
ditemui Harakahdaily, di sini.
Isu
tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta
himpunan aman Bersih 2.0, menurut beliau, sememangnya diberikan
perhatian serius oleh pihaknya dan Juham.
Untuk
melancarkan urusan, katanya, kes-kes tersebut akan difailkan secara
berperingkat-peringkat, dengan kesemua kes akan difailkan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sejajar dengan tangkapan pihak polis terhadap para
peserta himpunan itu yang dilakukan di Kuala Lumpur.
"Setelah
langkah pertama dimulakan dengan difailkan kes plaintif Razman
Zakaria, pihak kami akan menyusuli pula dengan kes kedua minggu depan.
Selepas itu akan disusuli pula dengan kes ketiga, keempat, kelima dan
kes-kes seterusnya," katanya.
Kesemua
kes berhubung tangkapan itu yang dikendalikan oleh pihaknya akan
menamakan Ketua Polis Negara sebagai defendan pertama, manakala
Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Untuk
memudahkan urusan, menurut beliau, pihaknya hanya akan mengendalikan
kes-kes yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak sahaja,
manakala kes-kes melibatkan penduduk Kuala Lumpur, Selangor dan
negeri-negeri lain akan dikendalikan oleh Juham.
"Jumlah
kes yang akan dikendalikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat atau
pihak kami berjumlah sekitar 50 kes semuanya," jelasnya.
Kes
yang membabitkan 2 orang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan
Salahuddin Ayub, katanya, dijangka akan difailkan oleh pihak Juham pada
Isnin ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengendalian
kes yang membabitkan kedua-dua Naib Presiden PAS itu yang juga Ahli
Parlimen Pokok Sena dan Ahli Parlimen Kubang Kerian akan dilakukan
bersama oleh peguam Zulhazmi Shariff.
"Kes membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. Buat masa ini, saya sendiri tidak pasti bila kes membabitkan Mohamad Sabu itu akan difailkan sama ada minggu depan atau bila, tetapi saya yakin ia akan turut difailkan dalam masa terdekat," katanya.Hrkh
"Kes membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. Buat masa ini, saya sendiri tidak pasti bila kes membabitkan Mohamad Sabu itu akan difailkan sama ada minggu depan atau bila, tetapi saya yakin ia akan turut difailkan dalam masa terdekat," katanya.Hrkh
3 ulasan:
Saman jangan tak saman, duit derma masih banyak untuk menampung kos tersebut. Kalau tak cukup, minta pada DAP atau Anwar jika malu minta dengan yahudi secara direct.
Apa2 hal pun. loyar kenyang dulu.
Sah Kluangman guna akal haiwan bukan akai manusia..
kluangman, nama melambangkan perangai dan tabiat. gunalah nama yg baik baik saperti saya
Catat Ulasan