KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lepas.
Mat Sabu menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam bagi membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak 15 Julai lalu.Ketika dihubungi, Mat Sabu berkata beliau kini mampu melangkah beberapa tapak tetapi belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak.
Bagaimanapun katanya, beliau akan menjalankan aktiviti dan menghadiri ceramah anjuran Pakatan Rakyat seperti biasa.
“Alhamdullilah keadaan saya bertambah baik tapi masih belum pulih sepenuhnya. Orang dah berumur 50 tahun ke atas ni memang ambil masa untuk pulih” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Sewaktu pembedahan, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
Beliau juga mengulas kenyataan pemimpin Umno- BN yang membela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya telus sehingga Pakatan berjaya memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu.
“Kalau betul SPR telus, Pakatan Rakyat telah memerintah negara. Dan kalau betul BN menang dengan proses pilihan raya yang adil, mereka boleh teruskan (pentadbiran),” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat ditembak kanister gas pemedih mata akan membuka jahitan di kepalanya esok.
“InsyaAllah, saya akan ke Hospital Universiti di Petaling Jaya esok untuk membuka jahitan di kepala,”
“Alhamdulillah, tiada kesan sampingan dan semakin beransur pulih” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Tambahnya, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa dan berterusan dengan aktiviti atau program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.
Khalid Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS menyelar penafian Kerajaan UMNO-BN dan pihak polis terhadap keganasan yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman itu.
“Mereka (UMNO-BN) hanya sekadar boleh menafikan tapi pada hakikatnya rakyat telah nampak dengan bukti video tersebar dilaman Youtube,” katanya.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan