Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Mac 2011

Fitnah 2 : Mahkamah benar bicara dalam perbicaraan


KUALA LUMPUR, 2 Mac – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan peguam bela Karpal Singh untuk perbicaraan dalam perbicaraan berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan selama satu malam.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada pihak pendakwa dan pembela hari ini.

Semalam, Karpal (gambar) membantah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan supaya tuala, berus gigi, botol mineral dan sehelai rambut ditandakan sebagai barang bukti.

Isu itu dibangkitkan berikutan keterangan bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras Supt Hamidon Adnan bahawa beliau mengeluarkan empat barang bukti berkenaan (rambut, botol, tuala dan berus gigi) dari sel itu pada 17 Julai, 2008 atas permintaan pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....