Gambar ehsan sedaka sejahtera/harakahdaily
ALOR SETAR 19 FEB : Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dibanjiri ribuan ahli parti itu untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya.
Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.
Malah perhimpunan hari ini menyaksikan penyertaan ahli barunya seorang pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman.
Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat terus berada di landasan yang tepat.
Beliau juga turut menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.
Menurut Azizan, setakat ini beliau masih belum berpuas hati dengan jumlah pendaftaran golongan muda di negeri itu.
Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.-tvs
3 ulasan:
So what?
setakat berhimpun tp xder apa2 perubahan wat pe..
ape barang behimpun mcm ni..tngok kalau umno punye best ade maksiat..konsert artis tak tutup aurat..ni yang najib suka..hahaha..perdana menteri malaysia kata ja islam.
Catat Ulasan