Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 Februari 2011

Fitnah 2 : Jawapan Ahli Kimia Meragukan, Gagal Patuhi Standard Antarabangsa



KUALA LUMPUR 21 FEB: Ahli kimia yang disediakan kerajaan Dr Seah Lay Hoong ketika disoal Ram Karpal terus memberikan jawapan meragukan.
Ini termasuk laporan DNA yang dibuat di mana ia menimbulkan persoalan akan wujudnya beberapa pihak lain yang tidak dikenal pasti.
Ketika Ram Karpal menimbulkan perkara ini dan mengandaikan contoh DNA itu dimiliki pihak ketiga yang tidak dketahui, Dr Seah hanya menjawab ia mungkin ada.
Dr Seah juga berulang kali disoal beberapa perkara mengenai laporan DNA tetapi memberikan jawapan yang tidak menepati apa yang disoal Ram Karpal atau tidak menjawab.
Ram Karpal turut mengingatkan Dr Seah bahawa dia harus mematuhi standard ditetapkan badan International Society for Forensic Genetics yang disertainya.
Dr Seah mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.
Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.
“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.
“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.
Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.
“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."
Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.
Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.
Ketika ditemui wartawan, Ram Karpal berkata apa yang ingin ditimbulkan adalah laporan DNA yang dibuat Dr Seah.
Ini kerana tambahnya wujud contoh DNA yang mana ia dimiliki pihak lain yang tidak dketahui.
“Saya akan kemukakan kemudian terdapat sekurang-kurangnya DNA dua lagi lelaki misteri ditemui. Ia signifikan kerana ditemui pada tempat yang signifikan.
“Satu di kawasan berhampiran dubur (peri-anal), satu lagi di kawasan atas rektum. Dr Seah temui tiga, saya temui lagi dua (berdasarkan graf elektroferrogram),” kata Ram Karpal.
Menjelaskan beliau perlu mengesahkannya sekali lagi, dua lagi DNA lelaki misteri tersebut ditemui pada seluar hitam milik Saiful dan calitan kapas kawasan bawah rektum yang ditandakan sebagai B9.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....