Rabu, 14 April 2010

PRK Hulu Selangor: Apa pandangan TG Nik Abdul Aziz


Catatan Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik MB Kelantan.

Sehari sebelum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke tanah suci menunai ibadat umrah, saya mengunjunginya di rumah Pulau Melaka. Sempat berjamaah zohor di masjidnya. Turut bersolat ialah Alwi mantan Setiausaha Sulitnya dan rakan Alwi bernama Aziz. Tak perasan saya, bila masa Alwi sampai.

Selepas solat, kami bertiga dijemput naik ke rumah. Tuan Guru menghidangkan makan tengahari dan kami makan semeja.

Selepas makan, kami semua duduk di settee. Masing-masing kami bertukar-tukar membuka cerita. Sambil itu, minum teh O panas.

Sedang kami berempat bercerita, tiba pula Hj Razak Abas. Dia hadir untuk menyampaikan bekalan ubat-ubatan untuk Tuan Guru sepanjang di tanah suci.

Hebatnya Tuan Guru….dalam kami asyik bercerita, Tuan Guru sempat melontarkan pandangan tentang pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 17-25 April nanti.

Gambar Perkahwinan Isa Samad





Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad menyarungkan cincin ke jari isterinya, bekas Setiausaha Pergerakan Pueri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid selepas selamat diijabkabulkan di Kuala Pilah



Sedaka Sejahtera

Serba sedikit mengenai Zahid Ibrahim




Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak.

Beliau kemudian meneruskan ke ITM (sekarang UiTM) dan mendapat gelaran LLB (London Eksternal).Dia kemudian pergi ke Temple, London untuk memenuhi syarat sebagai UU-Barrister.

Pada tahun 1987, Zaid menjadi ahli pengasas dan Ketua Zaid Ibrahim & Co yang hari ini, adalah firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dengan sambungan di kawasan ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan bahkan Dubai.

Politik

Zaid adalah ahli parlimen untuk Kota Bharu di bawah BN / UMNO sekitar 2004-2008. Dia juga adalah ketua Pro-Demokrasi Myanmar di Kaukus Parlimen dan ASEAN Interparlimentary Myanmar Caucus (AIPMC).

Beliau juga bekas de facto Menteri Undang-undang bawah pentadbiran Badawi's dan mengundurkan diri dari jawatannya pada tarikh 16 September 2008 selepas penahanan ISA blogger Raja Petra Kamaruddin, ahli parlimen Teresa Kok dan wartawan Sin Chiew Sin, Tan Hoon Cheng.

Zaid sangat vokal dan sering terlibat dalam debat awam meningkatkan kesedaran dalam urusan awam mahupun kebangsaan bunga atas kepentingan menjaga demokrasi dan supremasi undang-undang di negeri ini.

Dia adalah seorang peguam yang sangat kuat mahukan mahkamah yang bebas.

Beliau juga dikenali kerana aktif dalam penyertaan persidangan, forum dan seminar, baik tempatan atau luar negeri seperti Simposium Hukum Widener Global Demokrasi, perbincangan meja bundar Parlimen, Forum Dunia 2000, PBB Roundtable Dialog keatas Burma, Persidangan SUAHAKAM atas Budaya & Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.

Zaid menerbitkan buku pertamanya, "Dalam GoodFaith," pada tahun 2007. Buku ini adalah kompilasi dari pidato-pidato, artikel dan wawancara.Buku ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd, sebuah penerbit yang ditubuhkan oleh Zaid sendiri untuk memudahkan wacana teka-teki sosio-politik dan undang-undang di negeri ini.

ZI Publications Sdn Bhd sekarang dimiliki dan dikendalikan oleh puteranya, Uzair. Semua hasil dari jualan bukunya akan pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ( Yayasan untuk Orang Kurang Upaya Kelantan), sebuah pertubuhan amal yang dekat dengan hatinya. / end

Shahidan Kasim Kutuk MB Perlis


KUALA LUMPUR : Umno Perlis terus dilanda krisis berterusan apabila mantan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengutuk Pengerusi Umno Perlis ketika ini iaitu Mohd Isa Sabu.
Shahidan Kasim bukan sahaja mengutuk bosnya di negeri itu sebagai penipu, tetapi turut melabelkannya sebagai penzalim dan Otak Sedut kerana mensabotaj kehadirannya sempena lawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam.
Berikut ialah antara kenyataan Shahidan yang boleh dilihat secara jelas di laman sosial facebook.com. di sini.
1. "Depa (mereka), kerajaan negeri suruh saya tunggu disimpang 4, untuk menyambut tpm (Muhyiddin Yassin) .Tiba2 mereka ubah laluan dan tpm turun ditempat lain..saya tak tau arahan siapa..tak mungkin tpm, tak mungkin polis..tapi bertanggung jawab..rakyat benci penipuan dan mungkir janji macam ini..Tapi benda besar mereka bolih tipu,tentula benda yg kecil ini perkara biasa saja..PENIPU"

2. "Orang2 Umno dan BN tunggu tempat lain,tapi puak Md Isa bawa Tpm turun tempat lain..Saya bawa juga Tpm ketempat org ramai yg sedang menunggu..mereka adalah orang umno,bn dan rakyat, beribu yg menunggu..Tpm hanya jumpa separuh saja..Sian org2 umno dan bn ..saya pohon maaf kepada rakyat semua sebab semua usaha baik saya tidak dapat diterima olih puak2 penipu dan penzalim.."

DAP wakil Pakatan Rakyat di Sibu

KUALA LUMPUR, 14 April: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi sebulat suara bersetuju bahawa calon DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelak.
Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suatu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik.
"Atas semangat setiakawan, kita putuskan untuk letakkan calon di DAP di (Parlimen) Sibu kelak," ujarnya.
Menurut beliau, suatu mesyuarat khusus akan diadakan di Sarawak pada 18 April depan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan PAS dan DAP kerana menunjukkan muafakat yang begitu tinggi demi memenangkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Zaid calon istimewa -Anwar

HULU SELANGOR, 14 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu keputusan tepat kerana beliau “seorang yang istimewa.”
“Zaid adalah seorang yang istimewa kerana belum ada dalam sejarah negara seorang menteri sanggup berhenti kerana hendak pertahankan hak rakyat,” kata Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat malam tadi.
“Zaid ini degil pertahankan prinsip... beliau tidak boleh terima bila kerajaan guna undang-undang rakus tindas rakyat. Beliau kata ‘enough is enough, here’s my resignation letter’.
“Hari dia letak jawatan hari yang sama juga saya adakan pertemuan sulit dengan dia.
“Saya kagum beliau tunjuk semangat korban untuk rakyat,” kata Anwar ketika mengumumkan Zaid sebagai calon PKR di hadapan lebih 5,000 penyokong di Dewan Serbaguna Serendah.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Zaid mampu memberi khidmat jauh lebih baik kepada rakyat khususnya di Hulu Selangor.

Gambar sekitar majlis pegumuman rasmi calon Pakatan PRK Hulu Selangor




Penyokong Pakatan di luar Dewan

YB Nurul Izah bersalaman dengan penyokong

Para pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir