Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 Mac 2010

Hina Agama Kristian,Majalah Terbitan Kumpulan Utusan Mohon Maaf


KUALA LUMPUR, 6 Mac — Majalah Al-Islam terbitan Kumpulan Utusan, memohon maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian berhubung laporannya tahun lalu berdasarkan satu siasatan dengan mengintip tentang dakwaan ada kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja-gereja Katolik.
Dua pemberita Al-Islam membuat pengakuan itu melalui tulisan bertajuk “Tinjauan Al-Islam dalam gereja — mencari kesahihan remaja Melayu murtad” dalam majalah terbitan Mei 2009.
Mereka mengikuti upacara Kristian termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar — dianggap menghina Katolik dan menimbulkan provokasi.
Majalah itu berkata “secara tidak sengaja (laporan ini) telah menyinggung penganut Kristian khususnya masyarakat Katolik”.
Permohonan maaf itu dimuatkan dalam laman web penerbit majalah itu, Utusan Karya - tiga hari selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tidak akan mendakwa dua pemberita majalah berkenaan kerana “tindakan keras tidak membawa kepentingan kepada keadilan, keamanan dan keharmonian pada ketika ini”.
“Saya pernah membuat keputusan serupa pada masa lalu dalam kes-kes yang keadaannya juga agak sama melibatkan agama lain, di bawah keadaan itu mengambil tindakan serius tidak mendatangkan kepentingan kepada keadilan,” katanya.

Dalam penjelasan tiga perenggan, majalah bulanan itu berkata laporan tersebut bertujuan menyiasat dakwaan wujudnya insidern murtad dan tindakan pemberita berkenaan tidak bertujuan memperkecilkan kepercayaan agama Krisitian dan menghina kesucian gereja.
Ia menambah pemberita Al-Islam yang menulis artikel berkenaan juga telah memohon maaf atas tindakan mereka, yang secara tidak sengaja telah menguris perasaan penganut Kristian di negara ini dalam usaha menjalankan tugas mereka dan berharap tindakan tersebut tidak berulang.
Majalah itu juga berkata ia akan menyiarkan permohonan maaf dalam edisi April 2010 yang akan berada di pasaran pertengahan bulan ini.
Difahamkan penerbit itu mahu mengeluarkan permohonan maaf sebelum ini tetapi terikat disebabkan pertimbangan perundangan.
Permohonan maaf itu dibuat tiga hari selepas Ketua Biskop Tan Sri Murphy Pakiam berkata  Gereja Katolik tidak akan meneruskan tindakan perundangan terhadap Al-Islam dan pemberitanya, yang didakwa “menceroboh” majlis keagamaan gereja Katolik tahun lalu bagi menyiasat dakwaan ada kegiatan mengkristiankan remaja Islam jika ia memohon maaf secara terbuka.
Pakiam berkata, adalah memadai bagi editor majalah itu dan dua pemberitanya memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka.
Ekoran pengakuan pemberita berkenaan dua penganut Katolik membuat laporan polis mendakwa mereka “menceroboh” majlis keagamaan di sebuah gereja Katolik bagi menyiasat dakwaan kononnya terdapat kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja.
Joachim Francis Xavier dan rakannya, Sudhagaran Stanley membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang.
Joachim berkata mereka membuat laporan itu selepas membaca artikel yang ditulis seorang wartawan Al-Islam keluaran Mei 2009, yang mendedahkan tinjauannya di dalam gereja bagi mencari kesahihan kononnya remaja Melayu dimurtadkan.
Beliau berkata tindakan wartawan itu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan yang dikhususkan hanya untuk penganut Katolik dengan tujuan mengintip dianggap sebagai perbuatan menghina agama berkenaan.
Katanya semua perbuatan itu didedahkan sendiri wartawan berkenaan dalam artikel bertajuk “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Murtad” dan beliau percaya maklumat yang diperolehi sehingga membawa wartawan itu dan seorang kawannya ke gereja berkenaan adalah tidak benar.
Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Perbuatan mengintip di mana-mana rumah ibadat dianggap mencemar kesucian tempat itu,” katanya.
Polis menyiasat aduan mereka di bawah Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaaan.
Bagaimanapun Peguam Negara memutuskan untuk menutup kes itu dengan tidak membawa tuduhan ke atas mereka.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....