Ahad, 21 Februari 2010

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah



KOTA BARU, Feb 21 —Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Raja Perempuan Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital Singapura.
Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.
Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.
Elia Suhana dilaporkan pernah cuba mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu tetapi gagal.
Baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak pertengahan tahun 2009.
Elia Suhana, 31, telah diberikan kebenaran dua kali dalam seminggu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Yusof Daud pada 4 Feb lalu untuk menziarahi Sultan Kelantan.
Beliau mendapat perintah lawatan pagi Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Peruntukan Maipp: Ketua Menteri sangkal dakwaan liar

GEORGETOWN, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah berbohong tentang peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada tahun 2008 di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM12,548,580 kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya, peruntukan RM7,548,580 dikhaskan untuk pengurusan manakala RM5 juta lagi untuk tujuan pembangunan.
"Saya terpaksa buat kenyaaan ini berikutan terdapat tuduhan liar oleh pihak yang tidak
bertanggugjawab yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bercakap tidak
berfakta.  Itulah hakikatnya kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri," ujarnya dalam kenyataan akhbar semalam.

Datuk Daud Che Ngah Hentam Shahrizat




Saksikan rakaman siaran langsung dari NTV7, Menteri pembangunan wanita dan Keluarga dihentam oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Daud Che Ngah berkenaaan penubuhan Rumah khas untuk wanita hamil luar nikah. Selain itu bantahan penonton mengenai idea penubuhan rumah itu juga dapat disaksikan melalui majoriti undian SMS yang tidak bersetuju.


Gambar : Kereta Tiruan Buatan China !!!


Ada macam kereta Proton Pesona?
Negeri Besar China sentiasa ingin menunjukkan yang mereka mampu melakukan apa sahaja termasuklah mengeluarkan kereta tiruan buatan China daripada jenama kereta terkenal dunia. Dikatakan di China, nak tiru apa-apa pun boleh. Nak tahap kualiti yang macammana? Nak yang nampak sama tapi murah, nak yang sikit lebih kurang tapi murah, nak yang betul-betul sama tapi sebenarnya tidak sama dan harganya agak mahal pun ada. Yang pentingnya, ada duit semuanya boleh di China. Tidak mengejutkan jika sekarang ini ekonomi China melonjak tinggi sehinggakan Amerika patah tengkuk dengan China.
Bukan sahaja di China, malah negara Taiwan juga terkenal dengan hasil tiruannya. Bezanya di sini Taiwan suka meniru jenama Jepun. Korea? Korea pun suka meniru jenama Jepun tetapi China pun lebih rakus dengan meniru jenama di serata dunia. Orang kata, pukul habis. Di China, telur ayam pun mahu ditiru mereka.
BMW 7 vs BYD F6
Nissan XTrail vs Greatwall Sing

20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor


Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan pelbagai bangsa dan usia menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Tokong Dong Zen di Jenjarum, Banting, malam tadi.

Kaum Melayu dan India tidak ketinggalan meraikan sambutan kebudayaan masyarakat Tiong Hua itu dalam suasana majmuk dan harmoni.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor juga memeriahkan acara makanan tradisi 'Yee Sang' bersama pemimpin masyarakat tempatan.

Kehadiran pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, antaranya, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan tambah menyerikan lagi majlis itu.

Sambutan itu anjuran Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan Tourism Selangor.