Spekulasi Khairy Jamaluddin dilantik ke kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sekiranya berlaku rombakan telah mencetuskan kempen anti-Khairy yang hebat.
Sejak spekulasi rombakan tercetus, nama Khairy disebut-sebut sebagai akan dilantik ke kabinet.
Dalam kalangan penulis blog Umno, blog House PK merupakan salah satu blog yang terlibat dalam kempen "Say No to Kitol," merujuk kepada Khairy yang dilabel sebagai pengkhianat.
Blog terbabit menerbitkan ulasan-ulasan dan pautan ke artikel-artikel yang didakwa mendedahkan pengkhianatan Khairy selama bergiat dalam kerajaan.
Kesediaan Najib melantik Khairy ke kabinet, sekiranya benar boleh dijelaskan oleh kuasa tawar-menawar yang dimiliki Khairy, paling utama apa yang boleh dibawa oleh Khairy untuk membantu Najib dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Najib juga boleh dilihat sudah yakin dengan kekuatan dalaman sekiranya bersedia meletakkan Khairy sebagai timbalan menteri atau menteri, antaranya dengan meletakkan langkah-langkah untuk mengawasi tindakan-tindakan Khairy nanti.
Najib kini berdepan dengan cabaran mengimbangi tuntutan-tuntutan keperluan memperkemas pasukan dan berdepan reaksi negatif ahli dan penyokong, dalam situasi kritikal persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan