Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Oktober 2010

PM India lancar ‘Little India’ di Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh (gambar) akan melancarkan fasa pertama projek menaik taraf dan mencantikkan Brickfields menjadi “Little India” pada 27 Oktober ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan berkata kira-kira 85 peratus kerja-kerja persediaan telah dilakukan dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Lawatan Manmohan Singh ke Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan dan beliau pasti terpesona melihat perubahan serta imej baru Brickfields,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gotong-Royong Perdana 1Malaysia Little India-Brickfields di sini hari ini.

Beliau berkata Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertama projek bernilai RM17 juta dijangka siap dalam bulan Disember.

Fasa pertama projek itu yang menelan kos sebanyak RM7 juta, telah dimulakan dalam bulan Mei.

Ia melibatkan kerja-kerja membangunkan kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa “Little India” yang bernilai RM35 juta, membabitkan pembinaan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan. — Bernama

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Apa agaknya reaksi pemimpin Umno dan media pengampu mereka jika Guan Eng jemput PM China lancar Little China di Pulau Pinang.Tentu gegak gempita seantero Malaysia,betul tak.P/S Sedang tunggu maklumbalas dari PERKASA....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju komen Tinta Hijau.Apa perlunya "Little India"ditengah-tengah masyarakat Ibu Kota? "China Town" agak berbeza permulaannya sebab kawasan Petaling Street tu memang sejak dulu lagi dihuni oleh kaum Cina keseluruhannya.Tak perlu peruntukan besar duit rakyat."China Town" tidak dicipta,tidak direka tapi telah ujud dengan sendirinya cara natural.Wang yang sebanyak itu lebih baik diberikan kepada penduduk Kampung Baru untuk memperbaiki rumah-rumah yang sudah usang.Itu lebih berfaedah.Apa pandangan PERKOSA?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....