Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 23 Oktober 2010

IFF: Ulama muda Umno 'pertahan' Rosmah


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, yang menyertai Umno empat bulan lalu, mempertahankan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kontroversi Festival Busana Islam (IFF) yang didakwa pembangkang dan bekas mufti sebagai tersasar daripada konsep agama dan menghina Islam.
Fathul Bari (gambar kiri )yang mewakili Umno Perlis berkata, pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu dengan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Rosmah yang hanya bertindak sebagai penaung IFF.
“Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) hanya penaung semata-mata,” kata beliau.“Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
“Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar ketika menasihati seseorang,” kata beliau yang membahaskan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Jelas Fathul Bhari, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sesuatu kesilapan yang dilakukan sama ada ia disengajakan ataupun tidak.
“Perbuatan ini tersasar. Islam mengajar etika menasihati, (jadi) mengapa tidak menarik tangan (Rosmah) sendirian, tanya apa yang berlaku, adakah beliau tahu majlis ini.
“Jangan sama sekali dinasihati secara terang-terangan, bukan dengan caci, kutuk dan keji. Islam meletak etika dan adab dalam membetulkan (yang salah),” katanya.
Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum.

Asri juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.
Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu.
Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.
Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.
Pemuda PAS dan beberapa NGO mengadakan demonstrasi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Melaka.
Fathul Bhari menyertai Umno bersama 40 ulama muda Jun lalu. Asri juga disebut-sebut menyertai Umno bersama Fathul Bhari tetapi mengesahkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang. TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Sebelum menyelar pembangkang ulama muda yang mempertahankan Rosmah ini wajar menasihati Rosmah agar menutup aurat supaya penampilannya selari dengan hukum dan tuntutan agama. Oleh sebab dia bercakap soal adab menasihati pemimpin, maka eloklah dia menasihati isteri pemimpin itu mengikut adab-adab yang dipelajarinya.
 Mana tahu, lembut hati Rosmah untuk mematuhi kehendak hukum dan tuntutan agama. Sekurang-kurangnya dia memperoleh pahala daripada mempertahankan Rosmah dalam hal ini.Kita tunggu dan lihat,kalau Rosmah menutup aurat mengikut tuntutan islam sehari dua ini misi anda mendaulatkan islam dalam Umno berjaya.Kalau gagal bermakna anda dan rakan anda yang kononnya digelar Ulama Muda Umno  ibarat melukut di tepi gantang...

1 ulasan:

Danny Lau berkata...

waaaa.... hang memang hebat... hantam sungguh2 ulamak muda tu biar terduduk tersungkur tak bersuara, bisu seribu bahasa. lagu tu la nak ajar depa. syabar pada hang. hang memang hebat. inilah pejuang yang kita nak lahirkan banyak dalam pr ni. hang hebat sungguh. ana kagum dan tajub. takbirrr!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....