Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad(gambar kiri) telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.
Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”Baca lagi DISINI.
Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dengan DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.
Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.
Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?TVS
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Sikap macam Alwilah buat rakyat Kelantan makin meluat dgn Umno.Rata2 rakyat Kelantan amat menghormati kepimpinan ulama.Sikap pemimpin Umno yang seolah olah gajah di seberang nampak, kuman depan mata buat tak tahu seperti DISINI membuatkan rakyat semakin benci pada Umno.
Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Setiausaha BN Kelantan, Ketua Pembangkang DUN Kelantan,Orang macam Alwi ni Umno harap nak tawan Kelantan ? Jauh panggang dari api.Patutlah UMNO tak menang di Kelantan...
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan