MANILA, Filipina - Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.
Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.
Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.
Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.
Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.
Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi
3 ulasan:
Saya terpanggil untuk memberi pendapat, bila fenomena ini berlaku bermakna pada pandangan saya, suatu mala petaka akan berlaku contohnya Tsunami... sebelum ini di Kota Kuala Muda Kedah,...sebelum Tsunami,..ramai nelayan amat seronok memperolehi ikan dengan mudah dan ada ikan yang besar-besar,tiba-tiba banyak kedapatan berhampiran dengan pantai dan bukan jauh ke tengah laut....Selang dua hari selepas itu, malapetaka ini pun berlaku dan mengorbankan ramai orang.
Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada bala azab yang diturunkan oleh Allah swt.
Mungkinkah ini suatu peringatan dari makhluk Allah kepada manusia bahawa suatu bencana atau bala Allah akan turun.....sperti kejadian TSUNAMI DULU!!
Kalau dari bukti-bukti peristiwa dulu, tu petanda sama ada tsunami, gempa bumi atau ribut. Kalau kita tengok filem-filem barat mahupun asia berkaitan bencana alam, fenomena seperti ini pernah direkodkan. Kalau di darat serangga, burung dan binatang-binatang akan berkeadaan luar biasa.Jadi berhati-hatilah apabila kejadian seperti ini berlaku.
Mohon perlindungan dari Allah. Kadang-kadang bala boleh berlaku kerana seorang (yang dizalimi), dan bala boleh terhindar pun kerana seorang (yang memohon perlindungan Allah).
Catat Ulasan