Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Ogos 2010

Biadab !!! Doa Yahudi mahu Umat Islam Palestin Mati


BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan Tuhan patut menurunkan wabak penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, Sabtu lalu.

Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef(gambar) dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk Palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel yang dijadual bermula minggu depan. "Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi. "Tuhan patut menurunkan penyakit berbahaya kepada pembenci Israel ini," katanya.

Yosef, 89, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 2001 semasa kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.

Ketua agama yang dilahirkan di Iraq itu juga menegaskan adalah haram bagi Israel untuk mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan biadap Yosef itu dilihat dikeluarkan bagi menganggu proses rundingan damai yang akan berlangsung di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Washington, 2 September depan.SH

1 ulasan:

sudirumusibarat berkata...

Kita tengok Palestin dan kita tengok Yahudi.Bagi sudut pandangan kita Palestin yang patut dibela.Sejarah membenarkannya.
Oleh itu Allah telah menzahirkan kesombongan dan kebiadaban daripada lidah-lidah Yahudi sendiri bagi menyedarkan Dunia antara yang benar dan yang salah.
Yang jihad dan yang jahat.

Hanya manusia yang bebal sahaja tidak mengambil iktibar
sehingga masih bersekongkol dengan zionis.

Semoga peluru dan doa yang dihala ke Palestin terbias ke muka dan negara mereka sendiri !

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....