Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 Julai 2010

Umno Bermasaalah,Empat ADUN 'Hilang' Ketika Lawatan Muhyiddin


SETIU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti 'usang' Umno menghadapi masalah dimerata tempat di seluruh negara dan kecewa kerana empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) 'hilang' ketika lawatannya semalam.

Beliau mengingatkan anggota UMNO supaya menyelesaikan segera permasalahan atau Imbang Penuhpergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu..

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan sahaja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu, di sini, pada Jumaat.

Empat ADUN kawasan Setiu yang 'hilang' adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali, Abd Halim Jusoh (ADUN Permaisuri), Asha'ari Idris (ADUN Langkap) dan Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) tidak hadir pada majlis tersebut.

Sebaliknya, turut hadir adalah bekas Menteri Besar Terengganu yang Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusuh.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan empat wakil rakyat itu hadir pada majlis penting seumpama itu.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya dipetik agensi Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahyuddin tak usah nak nasihatkan ahli-ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan.Pepatah Cina: Ikan mula busuk dari kepala.Kepala UMNO dah busuk,yang bawah ikut saja.

azman kamarul berkata...

Agaknya 4 orang tu kena cirit birit kot, sebab tu tak datang mesyuarat.Janganlah lah marah pak din......

Biasanya orang umno ni kalau tak dapat habuan mulalah macam-macam fe'el dia orang buat, kalau kenyang..senyum jer..macam kamibng jantan nak mengawan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....