"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri,Datuk Seri Nazir(gambar atas) maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub(gambar kiri) pagi tadi di Pejabat Agung PAS.
Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.
Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.
Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.
Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.
Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.
"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.
Menurut beliau, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.
Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.Hrkh
1 ulasan:
Apalah salah Tun Razak sehingga begini perangai waris yang ditinggalkan beliau.Daripada anak sampai ke menantu membuat onar di dalam negara ini.
Lihatlah bagaimana mereka anak-beranak dengan penuh bernafsu rakus sedang memfaraidkan harta rakyat negara ini...HILANGKAH RASA MALU!
Kenapa mereka begini? kerana mereka disokong dan dikelilingi oleh Melayu pencacai yang tamakkan projek dan laba.
Catat Ulasan