Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 30 Julai 2010

Sultan Brunei miliki 7,000 kereta berprestasi tinggi



BANDAR SERI BEGAWAN: Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. -Agensi

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok sah dok teliok lah. Takut hanya mendapat bahagia di dunia, tapi sensara di akhirat- perlu ambil masa yang lama untuk dihitung di atas mizan.

Berbahagialah dengan orang yang bersabar, bersyukur dan redha dengan ketentuanNya.

Kaki Bangku berkata...

Alaaaaaaaa....

Setakat 7000 buah kereta mewah tu aku tak hairan la!!!

Kat kedai aku lebih dpd 7000 buah pun ada. Macam2 jenis lagi ada.

Bertindih2....bertingkat2 aku simpan dalam kotak.


ha...ha...ha...

bijan berkata...

tunggu dan lihat bila nazak nanti..apa yang 7000kereta dia boleh bantu..?bila padam nanti boleh tak kebumi kereta-kereta dia sekali utk guna diakhirat kelak..?kalau dah rezeki banyak allah berikan banyak lagi cara yg lebih mulia utk dibelanjakan..ramai lagi umat muhammad yg tak cukup makan dalam dunia ini..?

Tanpa Nama berkata...

dia mampu broo....tak paa.

ko tak mampu buat la cara tak mampuu.

jgn tiru cara nik aziz sudah laaa....

mampu gi aji balanja sendiri, tapi balun duit rasuah billboard RM 65K.

patut di cium akhbar utusan sbb dedahkan. kalu tak balik aji terus masuk lock-up.

ni takkk... di kata celakox3 pada suratkhabar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....