Oleh Haniza bt. Mohamed Talha
Saya dengan ini melahirkan rasa terkilan kerana nama saya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN KEADILAN Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Selain saya (gambar kiri), Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), dan Shuhaimi Hj Shafiei (ADUN Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.
Saya meyokong penuh kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor. Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri.
Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini.
*Kenyataan media oleh Haniza bt. Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan Negeri Selangor.
2 ulasan:
Jahanam UMNO!!!!
Jangan biarkan UMNO memfitnah kita. Kita harus tegakkan syiar Islam, bersatu menentang Kafir Melayu yang menentang kita dan bersama mendokong syiar perjuangan Islam tulen oleh pihak kita. Semoga Allah berkati Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Khalifah Ali dan cucu cicitnya serta anggota PAS yang disayangi dihormati. Allahu Akhbar!!!
Catat Ulasan