Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 Jun 2010

Trend terbaru kerajaan BN musnah bangunan warisan?

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Cadangan pemindahan dan pemusnahan bangunan yang dianggap warisan negara seperti Istana Negara, Parlimen dan terbaru perobohan Penjara Pudu dilihat sebagai trend terbaru kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional.
Di saat semuanya masih selesa dan berfungsi dengan sempurna, tindakan tersebut mengundang persoalan sama ada ianya satu keperluan, atau ada agenda lain.
"Saya melihat satu trend daripada kerajaan melenyapkan bangunan warisan di negara kita.
"Penjara Pudu contohnya, kenapa tidak dikekalkan sekurang-kurangnya pintu gerbang," kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ Ghazali ketika ditemui di parlimen hari ini.
Biarpun Penjara Pudu dianggap sejarah hitam, tetapi yang hitam juga, katanya perlu dikekalkan.
"Sama juga isu bangunan parlimen baru, apa nak dibuat dengan parlimen ini, kita selesa di sini, kenapa perlu di ubah," katanya.
Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar pula, trend tersebut mungkin berpunca daripada sikap pemimpin yang mahu mengejar keuntungan.

Dengan pembinaan baru, kos tender katanya sengaja diperbesarkan untuk mereka yang terlibat khususnya pemegang keputusan termasuk ahli politik.
"Seperti yang dinyatakan Tengku Razaleigh baru-baru ini, tahap politik wang di negara ini terus meningkat, kos dan nilai tender sengaja dibesarkan dari kos sebenar untuk keuntungan pemimpin politik yang terlibat," katanya.
Malam tadi, bangunan penjara Pudu yang terletak di tengah kotaraya dimusnahkan termasuk tembok muralnya yang selama ini menjadi kebanggaan dan ikutan pelbagai pihak dalam menghias dinding dan tembok.
Lebih 100 berhimpun sambil mengambil gambar terakhir tembok itu di samping bingitan bunyi hon kereta yang membantah perobohan artifak penting negara itu.
Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan menutup lapangan terbang TUDM Sungai Besi untuk memberi laluan kepada pembangunan sedang ia dibantah oleh para perwira negara.
Kerajaan juga sedang berusaha untuk mencari tempat baru untuk menempatkan bangunan Parlimen bagi membolehkan tapaknya yang ada sekarang dibangunkan dengan projek komersial.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan PRU ke13 tak lama lagi,ini merupakan satu cara UMNO/BN mendapatkan dana pilihanraya.Bekas bangunan warisan itu akan dilaksanakan projek-projek yang akan menelan million atau billion ringgit dimana kroni-kroni akan mendapat kontreknya.Kontrek-kontrek ini akan dinaikkan harganya untuk tabung pilihanraya UMNO/BN.Ini kerja mereka sejak lebih 50 tahun.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....