Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Jun 2010

Terpulang Pada Najib Jika Mahu Adakan Plihanraya Lebih Awal-Mahathir


KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya Umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.
“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.
“Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu.

Bancian yang dijalankan dari 6 hingga 16 Mei itu menyaksikan tahap kepuasan hati paling tinggi dicatatkan oleh kaum India iaitu 80 peratus berbanding Melayu (77 peratus) dan 58 peratus oleh kaum Cina.
Peningkatan tahap kepuasan hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau populariti Najib sejak Mac tahun lalu, iaitu hanya 44 peratus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa itu.
Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB
Ayuh Najib bubarkan segera Parlimen dan kembalikan mandat kepada rakyat.Inilah masanya membuktikan populariti kamu sebagai PM.Tengok Mahathir masa jadi PM dahulu,1990 Kelantan jatuh ketangan Pas,1999,Terengganu pula tersungkur dan Kelantan kekal di tangan Pas.Pak Lah lagi hebat 2004 dapat mandat besar,2008 hilang 5 negeri dan majoriti 2/3 di Parlimen.Inilah masanya bagi Najib membuktikan lesen judi yang diluluskan mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia.Ayuh...bubarkan saja Parlimen dan buktikan!!!.Sebagai peringatan,Merdeka Center pernah meramalkan PRK Hulu Selangor dimenangi PR sementara Sibu memihak kepada BN....????


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup lagi orang tua yang dah nyanyok ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....