Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Jun 2010

Kes liwat: Anwar tinjau semula kondo esok

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau semula Kondominium Desa Damansara di sini, yang tertangguh semalam, pagi esok bagi membuktikan wujudnya unsur alibi dalam kes liwat yang beliau hadapi sekarang.
Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair menerusi pesanan SMS kepada wartawan hari ini mengesahkan bahawa polis telah memberi pasukan pembela lampu hijau untuk melawat kondominium tersebut.
Sankara berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada polis, pasukan pembela akan mempunyai akses ke unit milik Hassanuddin pada pukul 9 pagi esok.
“Hanya tiga peguam dan pelanggan dibenarkan akses ke kondominium,” katanya.
Usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menemui kegagalan untuk meninjau kondominium itu ekoran kekeliruan berhubung unit.
Pasukan peguam bela Anwar mahu melawat unit 11-5-2 Kondominium Desa Damansara, tetapi kunci yang dibekalkan semalam adalah bagi unit 11-5-1 - tempat di mana kejadian liwat didakwa berlaku oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara Kanan  Datuk Yusof Zainal Abiden berkata, perbicaraan akan disambung dengan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur dijadual memberi keterangan.
Ketiga-tiga doktor itu memeriksa Saiful pada 28 Jun selepas dia membuat laporan polis.
Pun begitu kata Sankara, rancangan mereka untuk membawa pakar forensic dari Australia pagi esok akan diteruskan.
“Kami telah mengemukakan surat kepada mahkamah hari ini untuk memaklumkan mahkamah mengenai lawatan ke kondominium,” katanya.
“Esok, jika mahkamah membenarkan, kami akan melawat kondominium pada pukul 9 pagi dan akan kembali ke mahkamah pada pukul 10 pagi untuk meneruskan perbicaraan,” kata Sankara kepada The Malaysian Insider.
Peguam itu juga berkata mahkamah akan memutuskan esok sama ada mahu memanggil Saiful untuk memberi keterangan ataupun doktor terbabit.
“Doktor-doktor akan datang ke mahkamah, dan pakar perubatan pembela juga akan berada di sana,” kata Sankara.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....