Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Jun 2010

Israel pintas kapal misi kemanusiaan Rachel Corrie

MV Rachel Corrie. — Gambar oleh Free Gaza Movement
GAZA, 5 Jun — Tentera Israel memintas kapal misi kemanusiaan — Rachel Corrie yang sedang menuju Gaza dengan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
“Mereka (kapal misi Rachel Corrie) diikuti (kapal Israel),” kata Greta Berlin dari pergerakan Free Gaza.Kapal itu tidak ditahan tetapi tentera Israel.
Laporan terdahulu memetik seorang jurucakap kumpulan yang menyokong misi kemanusiaan itu berkata, ia ditahan kira-kira 55km dari Mediterranean.Rombongan rakyat Malaysia juga dikatakan berada dalam kapal itu.Bagaimanapun tiada maklumat sama ada ia diserang ataupun sebaliknya.
Dalam pada itu, laporan Bernama yang dikelurkan 12 tengah hari tadi menyebut, Rachel Corrie dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza.Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.

“Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas,” kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.
Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.
Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.
Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....