Dua belas sukarelawan Malaysia yang terselamat dalam serangan Israel tiba di KLIA awal pagi tadi. - Gambar Choo Choy May
Dr Mohd Arbai’e Syawal, dari Haluan Palestin, mencium anaknya Abdul Basyer sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA awal pagi tadi. - Gambar oleh Choo Choy May
SEPANG, 6 Jun — Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air pukul kira-kira 5.40 pagi tadi.
Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.
Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) kelmarin dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air petang semalam.
Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki “Mavi Marmara”, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.
Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan.Sehubungan itu, Anifah dan beberapa pegawainya berlepas ke Amman Rabu lepasbagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia tersebut.Kumpulan sukarelawan itu dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak di kediamannya kira-kira 9 pagi ini. — Bernama
1 ulasan:
salam ziarah .dan beazam untk tidak beli barangan Israel arinie dan esu
Catat Ulasan