Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Mei 2010

Sultan Kelantan mohon mahkamah benar rawatan di luar negara

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra dijangka mengambil tindakan undang-undang untuk membolehkan baginda menerima rawatan susulan di luar negara, kemungkinan di Singapura.
Peguam Sultan Kelantan Mohd Haaziq Pillay berkata pihaknya sedang menyediakan kertas berkaitan untuk memfailkan permohonan.
“Ya, sah kertas-kertas sedang disediakan, saya akan memaklumkan kemudian,” kata beliau dalam respons e-mel kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam pada itu, laporan awal hari ini menyebut Sultan Kelantan yang awalnya dijangka dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah ditangguhkan sehingga tarikh baru kelak.
“Terpaksa ditangguh atas beberapa faktor terutamanya kesihatan dan keselamatan,” kata satu sumber yang dihubungi kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan dengan tepat tarikh baru penerbangan baginda.
Baginda dijadual menaiki pesawat untuk ke HKL 2.30 petang tadi tetapi tertangguh.
Baginda berada di HUSM sejak malam kelmarin setelah kunjungannya ke Singapura untuk lawatan susulan terhalang.
Tengku Temenggong mendakwa pesawat untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura dihalang pihak tertentu.

Mengikut jadual asal baginda sepatutnya berangkat ke Singapura malam kelmarin.
Sultan Ismail menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selama sembilan bulan dan pulang ke Kota Baru awal Mac lalu.
Semalam, Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Sultan Kelantan mendakwa gagal menemui baginda untuk menyediakan afidavit kerana dihalang pihak tertentu.
Beliau enggan menyatakan tujuan afidavit itu.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....