MEMANG benar calon PR Dato' Zaid kehidupannya tentu lebih selesa sedikit daripada Adun PAS Manek Urai yang dahulunya seorang penjaja atau pemborong ikan. Lumrah manusia, ada yang kaya dan ada yang miskin tetapi kekayaan Dato' Zaid seperti yang mereka perkatakan tidak sampai sehingga tersenarai 10 terkaya di Malaysia. Siapa jutawan Melayu yang tersenarai di dalam 10 terkaya itu? Jika hendak tahu tanyalah Najib kerana saudara sedarah sedagingnya ada di senaraikan.
Masalah apanya jika si kaya atau si miskin menjadi calon untuk memperjuangkan rakyat? Apa yang penting mereka tidak menambahkan kekayaannya atau memakan hasil dari sumber yang haram, mencekik darah rakyat atau mementingkan diri sendiri.
Masalah apanya jika si kaya atau si miskin menjadi calon untuk memperjuangkan rakyat? Apa yang penting mereka tidak menambahkan kekayaannya atau memakan hasil dari sumber yang haram, mencekik darah rakyat atau mementingkan diri sendiri.
Saya memuji sikap berani Dato' Zaid yang mencabar Muhyiddin dan juga seluruh menteri kabinet Bn untuk menyenaraikan kekayaan atau harta masing-masing untuk menentukan siapa sebenarnya yang kaya melalui jalan haram. Sebelum ini Muhyiddin memberi alasan bodoh dengan menyatakan pemilihan Dato' Zaid adalah kerana kekayaannya bukan disebabkan ketokohannya.
Kita juga mempertikaikan mengapa sanggup dan tergamaknya Muhyiddin `menipu' rakyat di Hulu Selangor? Beberapa hari sebelum ini Muhyiddin telah menyatakan bahawa calon dari Bn yang pastinya anak tempatan. Tiba-tiba petang tadi beliau mengumumkan P. Kamalanathan sebagai calon Bn. Awal mula pertama mula Muhyiddin telah berbohong. Baca di sini.
Apakah rakyat di Hulu Selangor masih percaya kepada semua janji Muhyiddin beberapa hari kebelakangan dan yang akan datang ini? Jika Muhyiddin menganggap Dato' Zaid seorang yang kaya, ini bererti Muhyiddin seorang `miskin'. Mana lebih mulia, orang kaya yang jujur dan tidak berbohong daripada si miskin yang suka berbohong? SEndiri jawablah. / wfauzdin.blogspot.com/
2 ulasan:
macamana orang cerdik pandai macam tinta hijau boleh dikelabukan mata oleh Zaid Ibrahim?
Cuba tengok dinding tu... ada 2 logo atau iklan arak... ni dalam majlis PAS jugak ke?
Catat Ulasan