Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 April 2010

PRK Hulu Selangor:Dilema BN Dalam Memilih Calon

KUALA LUMPUR, 12 April — Sebahagian besar pemimpin kanan MIC dengan diketuai Presidennya MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkampung di Hulu Selangor hampir 12 jam meninjau persekitaran kerusi itu. Pemimpin-pemimpin MIC rata-rata memfokus kawasan pengundi India.
Samy Vellu berada di kawasan itu hampir setiap hari selepas kerusi itu diumumkan kosong, lebih-lebih lagi setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Begitu juga Datuk G. Palanivel yang bertindak sebagai penyelaras bahagian Parlimen Hulu Selangor sejak Oktober lalu.
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya Khamis ini. MIC dikatakan masih berpegang kepada pendiriannya mahukan Palanivel sekali lagi diberikan peluang membawa cabaran di kerusi berkenaan.
Beberapa pemimpin MIC yang dihubungi The Malaysian Insider semalam mengakui pucuk kepimpinan masih berpegang kepada pendirian berkenaan tetapi menyerahkan kepada pucuk kepimpinan BN untuk membuat keputusan akhir.
Mengambil kira sejarah MIC ini merupakan kali pertama, walaupun pernah meletakkan calon dalam beberapa pilihan raya kecil, berhadapan dengan kesukaran dalam memastikan calon yang disyorkannya ”sudah hampir pasti” dipilih sebagai calon. Kesukaran itu lebih jelas memandangkan nama yang dipanjangkan merupakan seorang timbalan presiden.

Bagaimanapun menurut pemimpin-pemimpin MIC, rombongan MIC yang terlibat dalam kerja-kerja turun padang semalam tidak menyentuh soal calon secara langsung.
“Malah Presiden parti juga tidak berkata apa-apa siapa yang bakal mewakili MIC dan BN kali ini,” kata seorang pemimpin kanan kepada The Malaysian Insider.
“Presiden mengatakan bahawa ‘kita usah cakap pasal perkara ini sekarang’,” kata pemimpin itu dengan syarat namanya tidak disiarkan.
“Bagaimanapun beberapa pengundi yang ditemui pula ada yang lepas cakap mereka mahukan muka baru, harap letakkan muka baru, kali ini” kata pemimpin itu.
Rata-rata asas menunjukkan Palanivel tidak ‘popular’ di Hulu Selangor buat masa sekarang, rumus seorang lagi pemimpin kanan parti yang dihubungi lewat malam selepas menghabiskan tinjauannya yang berasingan.
“Ini kedudukan hari ini... kami pun agak terkejut, tapi kami kena kerja kuat untuk meyakinkan pengundi mengapa MIC mahukan Palanivel,” katanya.
“Kehendak pengundi di sini bukan bermakna Palanivel tidak bekerja (sejak 18 tahun lalu) tetapi secara umum pengundi mahukan muka baru... mereka berharap akan ada muka baru kerana mereka melihat muka baru akan membawa harapan baru,” kata pemimpin ini.
Ini realiti politik hari ini. Persepsi juga bakal menentukan kejayaan BN kali ini selepas melalui pengalaman sama di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir.
Ketua-ketua cawangan MIC dalam bahagian Hulu Selangor dikatakan masih tidak menyatakan suasana sebenar dalam bahagian itu kepada pucuk kepimpinan, kata pemimpin itu. Tetapi yang pastinya sebahagian daripada mereka bertegas tidak akan keluar mengundi jika Palanivel digugurkan dan digantikan dengan orang lain sebagai calon.
Ini dilema MIC dan BN dari pihak kepimpinan MIC Hulu Selangor.
Palanivel kali pertama dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 1990 tetapi tewas dalam percubaan kali kelima dua tahun lalu.
“Ada yang mendakwa Palanivel tidak turun kawasan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang lagi pemimpin.
The Malaysian Insider difahamkan Palanivel tidak pernah gagal berada di kawasan Hulu Selangor hampir setiap minggu kecuali berada di luar negara.
Beliau pernah mengatakan perkara ini dalam perbualan secara langsung dan langsung dengan The Malaysian Insider. Tetapi pandangan akar umbi mendakwa suasana sebaliknya.
Penelitian The Malaysian Insider terhadap rekod profil antara 1995 dan 2007, yang sedang dikemaskinikan menunjukkan beliau menghadiri antara 80 hingga 140 aktiviti setiap tahun sepanjang tempoh berkenaan. Kemungkinan aktiviti ini belum memadai untuk memikat pengundi.
Mereka memerlukan lebih daripada itu? Ini kemungkinan besar dilema para pengundi.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin Umno yang dihubungi The Malaysian Insider lewat petang semalam pula berkata mereka mahukan “Mugilan atau Kamalanathan.”
“Berdasarkan tinjauan kami, Mugilan lebih popular... mereka (pengundi) mahukan calon muka baru... kami tidak mahu Datuk G (Palanivel),” katanya.
“Kami merasakan muka baru ini akan menyelesaikan segala masalah.... di pihak Umno, MIC dan BN,” kata pemimpin Umno yang bimbang sokongan pengundi Melayu akan terganggu jika Palanivel dicalonkan semula.
Umno Hulu Selangor tidak menolak Mugilan merupakan pilihan yang popular bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini, tetapi menafikan Timbalan Ketua Pemuda MIC itu proksi pihaknya bagi menggantikan Datuk G. Palanivel.
Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider semalam, Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar juga menolak spekulasi bahawa beliau mengiktiraf Ketua Pemuda MIC Selangor itu untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil bulan ini.
Palanivel, timbalan presiden MIC, pengerusi MIC Selangor dan ketua bahagian Hulu Selangor, dinamakan oleh presidennya sebagai bakal calon di Hulu Selangor.
“Kami telah bersetuju kerusi ini diberikan kepada MIC meskipun melobi dengan kuat agar diserahkan kepada Umno.
“Jadi, itu adalah tidak benar dan tidak wajar bagi kami membuat perakuan sedemikian,” kata Idris.
Sumber-sumber mendakwa siapa bakal mewakili BN kemungkinan sudah boleh diketahui malam ini atau esok. “Bayangan itu sudah boleh dihidu... calon yang bakal diturunkan sudah tentu sudah boleh diketahui malam esok (hari ini),” katanya.
Ketika sebahagian besar pemimpin komponen BN dilihat memihak kepada percubaan meletakkan calon muka baru khususnya membabitkan golongan muda, BN juga berhadapan dengan dilema bagaimana hasrat MIC boleh ditolak begitu sahaja.
Palanivel walaupun dilihat semakin ‘ditolak’ segelintir pengundi dan penyokong BN sendiri tetapi beliau masih merupakan timbalan presiden parti komponen ketiga besar dalam BN. BN berada dalam dilema dalam menghargai kedudukan ini dengan bersandarkan pengalaman beliau 20 tahun di Hulu Selangor.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....