Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 April 2010

Lapan Kawasan Panas di Hulu Selangor

KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor menempatkan balai bergerak di lapan 'kawasan panas' yang telah dikenalpasti sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita lebih awal lagi mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin kita boleh ambil tindakan proaktif supaya kehadiran pihak polis dapat mengawal keadaan sebelum berlaku apa-apa kekecohan.

"Kita juga sudah letakkan balai-balai bergerak dan kalau tak tepat kawasan itu kita boleh pindah ke kawasan lain untuk memastikan bahawa perjalanan semasa berkempen tidak mengganggu-gugat perjalanan masyarakat untuk melakukan aktiviti harian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi mengenai persiapan PDRM bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan di bangunan Parlimen di sini Rabu.


Hishammuddin berkata PDRM telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu dengan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis telah dikenalpasti bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon pada Sabtu ini berjalan dengan lancar.

"Saya tak boleh nyatakan bilangan keseluruhan anggota polis yang akan ditempatkan di Hulu Selangor sekarang, tetapi apa yang pasti bilangannya mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan dengan lancar," katanya.

Hishammuddin turut menasihati semua pihak terutamanya parti politik yang bertanding supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Terserahlah kepada jentera parti-parti yang nak menawarkan calon masa pilihan raya ini untuk beramanah, bertanggungjawab dan mengizinkan proses demokrasi berjalan lancar selain membolehkan pengundi di Hulu Selangor dapat keluar mengundi dengan cara baik," katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....