BUKIT BERUNTUNG: Walaupun ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan meninggalkan parti berkenaan, hari ini sebaliknya berlaku.
Seramai 150 ahli Umno Bahagian Selayang keluar parti dan menyertai PKR dengan alasan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah di kawasan itu sejak hampir 25 tahun yang lalu.
Ketua Penaja PKR Ranting Bukit Botak, Satar Md Saman berkata, tindakan itu dilakukan selepas masalah setinggan penduduk di kawasan Bukit Botak dapat diselesaikan dalam masa dua tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.
“Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang prihatin terhadap masalah penduduk.
“Dengan komitmen inilah menjadi daya penarik kita menyertai PKR dan percaya lebih 200 lagi dikawasan Bukit Botak akan menyertai PKR,” katanya yang menyerahkan 150 borang keahlian PKR kepada Abdul Khalid dalam satu majlis hari ini.
Menurutnya, pada masa sama, mereka akan menubuhkan PKR Ranting Bukit Botak dalam masa terdekat ini.Mstar
3 ulasan:
setakat cakap tak da bukti aku tak caya...sebut nama-nama mereka macam BN buat.
Klau tak betoi hang kena repot polis sebab buat fitnah.
Nanti keluaq taik hijau pulak..kehkeh
woii bodoh Satar Mat Saman tu bukan nama ke...kau pergilah jumpa dia kat Bukit Botak tanya betul ke tak...kau tu yang takde telur nak bagi komen pun takut taruk nama keh..keh..
Puak UMNO memang takut dengar berita macam ni.... sebab sebelum puak-puak UMNO asyik dok dengar berita bohong Utusan Meloya dan Berita Haram buat cerita bohong ahli PKR keluar parti, kemudian ahli-ahli UMNO syok sendiri... PERGI JAHANAM UMNO....
Catat Ulasan