Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 30 Mac 2010

Krisis Istana Kelantan: Pakatan Mahu Pemangku Raja Bertindak

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan), yang mewakili anak-anak Kelantan di perantauan, semalam berharap agar Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hak dan kuasa baginda berhubung kemelut yang berlaku sekarang.
"Kami memohon ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan yang mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Perlembagan negeri Kelantan supaya memastikan negeri Kelantan berada dalam keadaan harmoni," kata Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak dalam satu kenyataan.
Katanya Pakatan melahirkan kebimbangan berhubung keadaan kesihatan Sultan Kelantan dan keutuhan institusi Kesultanan Kelantan berikutan penyiaran kenyataan-kenyataan yang mengelirukan di media dan internet.

Sehubungan itu, Dr Noordin berharap agar Pemangku Raja Kelantan mengambil tindakan termasuklah memastikan kesihatan Sultan Kelantan terjaga dan diberi rawatan sewajarnya oleh doktor-doktor pakar.
"Melantik panel doktor pakar supaya membuat pemeriksaan lanjut ke atas KDYMM Al-Sultan dan membuat laporan tepat mengenai status keadaan KDYMM Al-Sultan supaya kami tidak tertanya-tanya akan keadaan sebenar tahap kesihatan KDYMM Al-Sultan," katanya.
Sambil melahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan, Dr Noordin berkata tindakan tegas oleh Pemangku Raja adalah perlu untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang bagi menghentikan kemelut yang berlaku supaya perlembagaan dan undang-undang Tubuh Negeri Kelantan terus dihormati.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....