KUALA LUMPUR, 27 Mac — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang disifatkan sebagai paling besar setakat ini, mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya dengan membuat 13 laporan polis terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dua pemimpin terbabit ialah Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.
Laporan polis terhadap Anwar, yang juga ketua pembangkang dibuat berrhubung isu rancangan 16 September yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya sudah memberi perkenan bagi mendapatkan sokongan politik.
Ketua Wira Perkasa Arman Azhar berkata, 13 laporan itu dibuat terhadap Anwar secara berasingan oleh wakil-wakil pertubuhan dari 13 negeri di seluruh negara.
Kira-kira 100 ahli Perkasa berarak dari Dewan Tun Razak I, PWTC, tempat berlangsungnya mesyuarat ini, ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang jauhnya kira-kira satu kilometer.
Terdahulu mesyuarat agung tahunan Perkasa dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ditemui pada sidang media di akhir mesyuarat agung tahunan Perkasa petang tadi, Arman berkata mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”
“Sebagaimana didakwa di Parlimen, Anwar menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk merealisasikan rancangan 16 September,” kata beliau.
Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap Anwar sedangkan banyak laporan telah dibuat terhadapnya.
“Biasanya dalam kes-kes macam ini, polis akan bertindak dengan cepat, kita ada pengalaman. Tetapi apa bezanya antara Anwar dan orang lain?” kata beliau.
Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar PKR bulan lalu mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia untuk merealisasikan kerajaan Pakatan Rakyat di pusat.
Selain itu menurut Arman, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.
“Kami difahamkan wujudnya elemen menipu dalam rakaman ini...kononnya fatwa Dr Yusof berhubung kes liwat, jadi kami minta polis siasat,” kata Arman.
Perkasa juga membuat laporan meminta polis menyiasat penyebaran risalah yang ditandatangai oleh Saifuddin yang menerangkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.
Sambil berkata risalah itu menyertakan laporan awal doktor bahawa tiada kesan tembusan ke atas Saiful Bukhari Azlan, Arman memberitahu, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
“Ia satu bentuk subjudis... menghina mahkamah kerana prosiding sedang berlangsung,” katanya.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Huh..memalukan,hipokrit,cuba memperbodohkan rakyat dan hanya mencari publisiti murahan. Nak pertahan institusi raja melayu konon,betullah melayu Perkasa ini mudah lupa.Bukankah manusia yang merasmikam mesyuarat agong perkasa(Mahathir) itu yang pernah menghina raja melayu hingga ke tahap paling memalukan,meminda perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja melayu.Ketika itu pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang amat menghina raja kononya nak bodek Mahathir,kalau tak percaya tanya Shahidan Kasim.Kita masih ingat...kenapa tak lapor polis.Ketika Nuar Musa lantik Sultan baru bawah pohon ketereh bagi menggantikan Sultan Kelantan,mana hero2 Perkasa ini,mana Brehim Ali?Ketika Umno Terengganu di binatangkan oleh puak2 Derih Jusoh "Kami Nak Idris Natang",Brehim Ali senyap je..tak lapor polis pun....hipokrit..hipokrit...saje je nak cari publisiti...malaslah ambo nak cerita panjang2 kalau korang nak tahu secara detail BACA JE KAT SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan