Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Februari 2010

Bentuk Kerajaan Bersama BN,Pas Lebih Rela Jadi Pembangkang- Tuan Guru Presiden Pas


KUALA TERENGGANU - PAS menegaskan, tidak akan menjalinkan sebarang bentuk kerjasama untuk menubuhkan kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya, lebih selesa menjadi pembangkang, daripada bersama dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno/ BN umpama sebuah bahtera yang sedang ‘bocor’.

“Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya.

“Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, beliau berkata, PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain untuk kepentingan rakyat seperti isu ekonomi dan sosial

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu.

“Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.BO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam

Cakap Haji Hadi tak boleh pakai. Dia tak ada perdirian sendiri dan sentiasa dibawah ketiak spin nya yang diketuai oleh Mustapha Ali.

Pas kehilangan pemimpin seperti Almarhum Fadhil Nor.

Apabila TG Nik Aziz tiada maka akan pecah seribu lah Pas akibat pemimpin2 yang lebeh umno dari umno

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....